October 16, 2013

Diari Diet

20130305_143058

Diari Diet
(oleh Susu Sejat, Ilustrasi oleh Conteng Conteng)

RM25
Kos Pos Laju: RM7 (Seemenanjung Malaysia)
Ukuran A5
172 mukasurat (Berwarna + Greyscale)
Spiral binding
Penanda Buku (free gift)
.

Diari Diet merupakan instrumen yang menggabungkan konsep “Diari / Planner + Buku + Personal Coaching” – kesemuanya 3 dalam 1.

Dengan Diari Diet, usaha anda untuk menurunkan, mengekalkan, atau menaikkan berat badan akan menjadi lebih teratur – ia merupakan diari yang akan membimbing anda menguruskan “trafik kalori” anda satu persatu, dari A hingga Z, sehinggalah anda betul-betul faham akan konsep kalori dalam kehidupan seharian.

Secara asasnya ia terbahagi kepada beberapa bahagian utama seperti

1 – Kelas Kalori – revisi dari apa yang pernah saya tulis menerusi Kelas Kalori dalam blog supaya lebih terperinci dan mudah difahami, juga disertakan dengan beberapa infografik agar lebih mudah difahami.

4

2 – Panduan menggunakan Diari Diet – sedikit penerangan agar anda faham untuk menggunakannya.

3 – Senarai Kalori Makanan dan Senaman – lebih mudah untuk dirujuk apabila hendak mencatat / mengetahui kalori satu-satu makanan.

1

4 – Food dan Exercise Log untuk 365 hari / 52 minggu – Berbeza dengan Diari dan Planner yang ada di pasaran, ruangan “Log” untuk Diari Diet tidak bersifat ‘fix’ untuk tarikh/tahun tertentu; bererti anda boleh mula menggunakannya bila-bila masa yang anda mahu dan bukannya “1 Januari” seperti yang ada dalam kebanyakan Diari/Planner. Ini kerana, saya memegang konsep bahawa untuk berubah dan berazam, tidak semestinya bermula pada 1 Januari setiap tahun, bila-bila masa pun boleh. Sejurus anda menerima naskhah Diari Diet, anda boleh terus menggunakannya!

2

5 – Tips Mingguan – Dilampirkan juga tips dalam setiap muka surat (minggu) agar anda kekal motivasi di samping membekalkan ilmu ‘survival’ dalam menjalani gaya hidup yang sihat dan mantap.

6 – Nota Nutrien – Diselitkan juga beberapa nota untuk anda memahami konsep makanan pada tubuh badan.

3

7 – Nota Appendix – Lagi diselitkan nota-nota berguna berkenaan Kalori dan Kecergasan di akhir Diari; pendek kata, setiap muka surat pasti di manfaatkan sebaik mungkin dengan meletakkan nota, nota, dan lebih nota untuk rujukan anda!

8 – Maskot En. SS – Anda akan ditemani En. SS sepanjang anda menggunakan Diari Diet, sehinggalah anda mencapai matlamat yang anda mahukan. Dengan adanya En. SS yang comel ini, anda pasti tidak bosan mengaplikasikan konsep kalori ke dalam gaya hidup anda.

mr.ss-maskot9. Lebih info, interaksi dan….. (kalau nak tahu lebih lanjut, anda kena mendapatkannya dan rasai sendiri pengalamannya)

Status Terkini

Sejak Februari tempoh hari hingga kini, dianggarkan kira-kira 1400 unit Diari Diet telah berjaya dijual dan sambutan yang diterima amat di luar jangkaan.

Sesiapa yang berminat tetapi belum menempah/membeli, anda juga masih belum ketinggalan untuk berbuat demikian. Sila hantarkan butir-butir berikut ke email sususejat[at]gmail.com atau menerusi direct message di Facebook rasmi Susu Sejat:

Nama:
Alamat Pos:
No. Tel:
Jumlah Item:

Kemudian saya akan hantar email/mesej selanjutnya berhubung prosedur pembayaran. Tempahan anda akan dikira “confirm” setelah bayaran diterima.

P/S: Tempahan melebihi 5 item ke atas akan diberikan diskaun istimewa (kadar diskaun  diberikan mengikut bilangan item yang ditempah).