October 15, 2018

Kursus Online: “Sains Penurunan Berat Badan”

“Sains Penurunan Berat Badan” (SPBB) merupakan kursus eksklusif yang ditawarkan kepada kominiti fitness / jurulatih-jurulatih / pelajar yang berminat untuk mempelajari dengan lebih mendalam konsep sains di sebalik proses kegemukan dan penurunan berat badan.

Menerusi kursus ini, para peserta akan didedahkan 3 prinsip penting dalam Sains Penurunan Berat Badan: GENETIK, PROSES BIOKIMIA & FISIOLOGI. Pemahaman kepada 3 prinsip ini akan semestinya membantu para peserta memahami strategi penurunan berat badan dengan lebih selamat dan berkesan.

OBJEKTIF KURSUS

  1. Memantapkan pengetahuan dan pemahaman komuniti kecergasan terhadap konsep sains di sebalik proses penurunan berat badan.
  2. Melahirkan jurulatih / pengamal kecergasan yang:
    • berpengetahuan tinggi terhadap proses metabolisma lemak dan fisiologi sel lemak, agar mampu membimbing klien dalam mengenal pasti status fakta dan auta akan sesuatu perkara / tip / petua 
    • berkemahiran dalam merangka strategi penurunan berat badan untuk klien yang lebih berkesan dan diperakui dari segi sains
    • berfikiran kritis terhadap permasalahan semasa berkaitan isu obesiti dan amalan-amalan fadism

 

SIAPA YANG PERLU SERTAI KURSUS SPBB INI?

Coaches / Jurulatih yang perlukan bimbingan tambahan dalam memahami sains di sebalik strategi fitness yang diamalkan, khususnya berkaitan penurunan berat badan

Mereka yang dah tahu cara kira kalori / strategi asas untuk kurus, dan bersedia untuk upgrade ilmu ke peringkat seterusnya

Mereka yang nak tahu macam mana (proses) badan boleh ‘mengembang’ atau ‘menyusut’ tanpa disedari, selain dari justifikasi ‘Surplus Kalori’ dan ‘Defisit Kalori’.

Mereka yang tidak pernah ambil sebarang kursus berkaitan sains hayat (life sciences) ketika sekolah dan universiti, tetapi mempunyai minat mendalam untuk belajar topik-topik berkaitan

Sesiapa sahaja, asalkan sanggup memberikan komitmen dari segi masa, wang dan tenaga untuk belajar!

 

MENGENAI KURSUS

Kursus online “Sains Penurunan Berat Badan” (SPBB) ini bukanlah kursus di mana para peserta akan diajar langkah demi langkah untuk mengira keperluan kalori serta merangka menu diet atau senaman untuk proses penurunan berat badan.

Sebaliknya, Kursus SPBB ini merangkumi beberapa siri tutorial yang akan menerangkan dengan lebih mendalam akan proses metabolisma di sebalik kegemukan dan penurunan berat badan, selain turut membincangkan justifikasi mengapa satu-satu amalan itu mesti dilaksanakan / tidak dilaksanakan berdasarkan penjelasan sains.

Para peserta akan didedahkan dengan modul yang telah diambil dan diolah semula dari pelbagai disiplin/kursus yang diajar di peringkat Universiti, merangkumi disiplin Biologi Sel, Fisiologi dan Biokimia. Kursus-kursus ini merupakan foundation (kursus wajib) yang perlu diambil untuk program-program ijazah di Universiti seperti bioteknologi, bioperubatan, dietetik, sains pemakanan dan sains sukan.

Namun begitu, khusus untuk kursus online SPBB ini, hanya topik-topik tertentu sahaja yang akan dipilih dan diolah semula agar relevan dengan fokus “Penurunan Berat Badan”. Selain itu, pengalaman pengajar yang berkemahiran menggunakan kaedah ‘analogi’ dalam penyampaian akan memudahkan kandungan kursus ini mudah difahami oleh mereka yang bukan dari bidang sains.

PERINCIAN MODUL

Kursus SPBB ini terbahagi kepada 3 siri kursus atau 3 Tahap Kursus (buat masa ini, hanya Kursus SPBB Tahap 1 & Tahap 2 yang akan dibuka terlebih dahulu). Setiap siri kursus pula terdiri daripada 5 komponen berikut:

8 kelas (setiap kelas adalah selama 1.5 jam), dijalankan dalam hari-hari tertentu untuk tempoh 3 minggu. 8 kelas ini akan membincangkan 4 topik utama yang telah ditetapkan bagi setiap siri (rujuk “SENARAI TOPIK” untuk perincian topik-topik utama ini)

4 set kuiz pendek (10 soalan per set) berkaitan topik yang diajar. Semua set kuiz perlu dilengkapkan peserta untuk menerima sijil penyertaan di penghujung setiap siri kursus. 3 peserta dengan markah tertinggi akan menerima hadiah penghargaan (motivasi untuk beri tumpuan dalam kelas)

Perbincangan jawapan kuiz

Perbincangan isu semasa berkaitan kesihatan / pemakanan / kecergasan

Q&A terhadap topik-topik yang diajar

SENARAI TOPIK

Senarai topik-topik yang akan dibincangkan dalam kursus ini adalah seperti berikut:

SAINS PENURUNAN BERAT BADAN 
TAHAP I
– Pengenalan kepada Metabolisma Lemak (Fat Metabolism)

✅ Fisiologi Manusia
✅ Metabolisma
✅ Teori Sel Lemak
✅ Genetik, Pemakanan dan Obesiti

SAINS PENURUNAN BERAT BADAN
TAHAP II
– Sistem Tenaga dan Aplikasi Pembakaran Lemak

✅ Makronutrien dan Pencernaan
✅ Kitar Tenaga dan Respirasi Anaerobik
✅ Fisiologi Senaman: Sistem Tenaga
✅ Fisiologi Senaman: Pemulihan, Adaptasi dan Komposisi Tubuh

SAINS PENURUNAN BERAT BADAN
TAHAP III
– Merungkai Proses Metabolisma di Sebalik Amalan Fadism 

AKAN DATANG…

 

JADUAL KURSUS

Kursus SPBB Tahap I dijangka akan bermula pada 12 Disember 2018 (3 minggu), manakala Kursus SPBB Tahap II pula dijangka akan bermula 9 Januari 2019 (3 minggu).

Jadual kursus boleh dirujuk menerusi kalendar berikut:

1 – Tekan ikon “>” untuk skrol ke bulan “December 2018” atau “January 2019“. Senarai kelas untuk bulan Disember 2018 dan Januari 2019 akan dipaparkan. Nota: SPBB Tahap 1 bermula dari 12 Disember – 27 Disember 2018, manakala SPBB Tahap 2 bermula dari 9 Januari – 24 Januari 2019.

2 – Klik pada tajuk setiap kelas untuk perincian topik yang akan disampaikan.

 

YURAN

Kadar yuran bagi kursus online SPBB ini telah disusun dan ditetapkan berdasarkan pakej seperti berikut (klik gambar untuk besarkan):

Meskipun beberapa pakej ditawarkan, namun jumlah peserta yang menyertai kursus ini akan tetap dihadkan kepada 15 orang peserta sahaja bagi memastikan kualiti pembelajaran kursus ini berada dalam keadaan yang baik dan kondusif.

Bagaimana, sudahkah anda bersedia untuk menyertai kursus SPBB ini?

MENGENAI TENAGA PENGAJAR

Joy Kalonas atau nama sebenar beliau Hasrizul Bin Hashim merupakan penulis merangkap founder laman dan page FB Susu Sejat. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Biotechnology) (BSc.) dengan minor dalam Mathematics dari Rochester Institute of Technology, NY, US dan Sarjana Muda Sains (Sustainability) (MSc.) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Berpengalaman hampir sedekad dalam industri kecergasan sebagai content provider bagi web dan laman sosial Susu Sejat, beliau pernah terlibat dengan kajian melibatkan sel stem (penyelidik) dan nutrisi (ahli projek, kolaborasi UKM bersama International Life Sciences Institute (ILSI)), pernah menulis beberapa buah buku dan jurnal-jurnal ilmiah, serta berpengalaman sebagai penceramah diet/kecergasan. Sebagai penulis laman sususejat.com, beliau amat dikenali dalam kalangan pembaca/followers sebagai penulis yang mampu mengupas topik fitness dalam bahasa yang santai dan mudah difahami oleh mereka yang bukan dari bidang Sains.