Personal Coaching bersama SS

Personal Coaching bersama SS (PCS) merupakan satu sesi yang diperuntukkan kepada mereka yang berminat untuk mempelajari asas-asas berkenaan diet dan peranannya dalam menurunkan atau menaikkan berat badan, secara one-on-one (bersemuka). Menerusi program ini, client akan diajar secara face-to-face strategi-strategi yang berkaitan dalam mencapai matlamat yang mereka inginkan. Mereka juga bebas untuk memilih lokasi dan masa yang fleksibel dengan jadual mereka (selagi slot masih kosong).

tutor

Apa yang bakal anda perolehi menerusi PCS?

  1. Saya sendiri akan ke tempat anda (atau yang berhampiran dengan anda); memudahkan, menjimatkan masa dan kos perjalanan anda juga.
  2. Tumpuan yang maksimum kepada client kerana bilangan peserta yang kecil – minima 1 orang, maksimum 3 orang. Secara tidak langsung, anda akan diberikan perhatian yang sepenuhnya sepanjang PCS berlangsung.
  3. Kelas secara bersemuka selama 3 jam berkenaan menurunkan/menambah berat badan, dari TEORI hingga ke PRAKTIKAL. Waktu dan Lokasi adalah fleksibel dan santai, akan dipilih sendiri oleh client.
  4. Sepanjang 3 jam ini, saya akan ajar antara lain termasuklah:
    1. Tip dan strategi pemakanan dalam menurunkan/menambah berat badan
    2. Beza di antara weight loss dan fat loss, dan kenapa BMI bukan indikator yang mutlak
    3. Bagaimana untuk manfaatkan kalori defisit untuk membakar lemak
    4. Sains di sebalik metabolisma lemak – kenapa lemak hanya akan dibakar dalam situasi tertentu, kenapa tidak dalam situasi yang biasa kita dengar (hearsay)
    5. Fahami apa itu plateau dan bagaimana untuk mengatasinya
    6. Asas senaman untuk mereka yang bekerjaya dan bagaimana untuk manfaatkannya untuk ‘membakar’ lemak
    7. Rangka pelan pemakanan dan senaman client, mengikut kesesuaian mereka
    8. Bagaimana untuk rangkumkan ke semua di atas dalam gaya hidup
    9. Semestinya, sepanjang 3 jam ini anda berpeluang untuk bertanya apa sahaja soalan berkaitan
  5. Nota lengkap bersama material-material berkaitan akan disediakan (printed).
  6. Sebuah Planner harian Diari Diet Susu Sejat (bernilai RM25).
  7. Hands-on” di pasaraya – tip ketika membeli produk makanan secara live di pasaraya.
  8. Demo beberapa senaman mudah yang boleh dilakukan oleh client.
  9. Follow-up dalam tempoh SEMINGGU secara phone call (1-2 kali) untuk pastikan client boleh ikut dengan baik apa yang diajar ketika hari pertama.

 

MODUL

1 – Kelas (penerangan dan perbincangan) TEORI dan PRAKTIKAL selama kira-kira 3 jam.
2 – Direct tutorial di Pasaraya selama 1 jam– client akan dibawa ke pasaraya berhampiran dan saya akan demo beberapa tip dan strategi ketika membeli produk makanan di sana. Client juga berkesempatan untuk mendapatkan nasihat yang berkaitan (yang mana patut beli, mana patut tak beli) sepanjang tempoh tersebut.
3 – Demo senaman-senaman dan strategi berkaitan, di kawasan terbuka (i.e taman) – 1 jam.

YURAN

Buat masa ini, lokasi sasaran untuk PCS adalah di tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Perak dan Selangor (Lembah Klang). Memandangkan base saya kini adalah di Taiping (Perak), maka yuran PCS secara kasar akan merangkumi beberapa kos seperti perjalanan, kos cetakan nota-nota, material-material, panggilan telefon, dan masa konsultansi.

Kadar yuran pula adalah berdasarkan pakej seperti berikut

Pakej Kadar Yuran
Individu (1 orang) RM200
Kumpulan (3 orang) RM450

Mungkin ada yang melihat harga di atas sebagai ‘pricey‘, tetapi percayalah kadar ini adalah amat kompetatif, mengambil kira beberapa kos-kos utama seperti yang dinyatakan.

Untuk pengetahuan anda, kadar bayaran seorang trainer pada hari ini dianggarkan sekitar RM100 hingga RM500 hanya untuk satu sesi (1-2 jam sahaja), bergantung pada kelayakan (pengetahuan), pengalaman, dan nama trainer tersebut. Sedangkan jumlah masa yang diperuntukkan untuk PCS ini adalah kira-kira 5 jam.

Sekiranya ada yang sanggup berhabisan wang sehingga beratus ringgit untuk produk-produk suplemen, mengapa tidak melaburkan sedikit wang dalam mendapatkan ilmu yang boleh diaplikasikan seumur hidup?

Nota 1: Mereka yang pernah membeli Diari Diet dari saya sebelum ini akan mendapat diskaun 10%.

Nota 2: Hadiah istimewa (token) akan diberikan kepada client yang berjaya mencapai misi mereka.

 

Bagaimana untuk menempah temujanji PCS?

Untuk menempah slot PCS:

1)      Rujuk kalendar di bawah dan pilih tarikh yang masih kosong (kalendar dikemaskini setiap 24 jam).

2)      Isi borang tempahan temujanji di bawah.

3)      Emel susulan akan dihantar kepada anda untuk mengesahkan sekiranya tarikh/lokasi yang dipilih masih kosong atau telah diisi dengan slot lain. Sekiranya tiada masalah, maklumat pembayaran akan dihantar.

4)      Slot PCS anda hanya akan disahkan (confirmed) setelah pembayaran diterima.

Nota 2: Slot adalah terhad dan anda dinasihatkan untuk menempah awal sekiranya berminat.

Loading… Loading…

23 Jun –> Akan berada di sekitar Bagan Serai / Taiping / Kuala Kangsar

24 – 28 Jun –> Akan berada di sekitar Lembah Klang (Bangi)

.

Untuk mengatur temujanji slot PCS anda, sila isi borang di bawah
Pihak kami akan menghantar email susulan dalam tempoh 24 jam, pastikan peti email anda di semak dalam tempoh tersebut

* menandakan ruangan tersebut WAJIB di isi
:

Nota 3: Sekiranya terdapat masalah, anda juga boleh menghantar butiran-butiran di atas secara manual ke alamat e-mel sususejat[at]gmail.com