September 22, 2018

Tentang Kami

Bermula dari sebuah blog yang memfokuskan artikel diet, penurunan berat badan, penjagaan kesihatan dan kecergasan pada tahun 2010, Susu Sejat! mengorak langkah ke arah bidang perundingan (coaching, bengkel, seminar) dan penerbitan buku-buku ilmiah dengan niche yang sama 3 tahun berikutnya.

Kami berpengalaman mengendalikan coaching, ceramah, bengkel dan seminar dengan fokus topik terarah kepada bidang kecergasan dan gaya hidup sihat. Selain program kendalian sendiri seperti Sihat Holistik! dan program Mudahnya Kurus!, kami juga berpengalaman bekerjasama dengan organisasi Kerajaan mahu mahu pun Swasta dalam mengendalikan program-program berkaitan. Antara klien-klien kami sebelum ini termasuklah Jabatan Kesihatan Negeri, SKMM, UTM Skudai, UMT, Repsol (Malaysia) dan Petronas.

Kami juga mempunyai kepakaran dalam dunia penerbitan dengan niche diet, kecergasan dan gaya hidup sihat secara maya (online) mahu pun fizikal (buku, poster, phamplet). Kepakaran kami dalam penyediaan bahan-bahan terbitan ini telah membantu ramai klien kami sebelum ini dalam mendapatkan bahan modul yang berkualiti untuk produk/program mereka.